Friday 29 September 2017

Tip Murah Rezeki

Tips murah rezeki

1.Elakkan menangguh apa yg patut dibayar contoh roadtax kereta/bil bil. Keperluan hidup. Jangan skip. Nanti bila dah tertunggak dua tiga bulan, amount jadi banyak, dah rasa terbeban.

2.Elakkan berhutang. Belajar hidup dengan ukur baju di badan sendiri. Jangan spend lebih dari kemampuan. Nanti dapat gaji takda nikmat sebab habis bayar hutang. Kalau dah berhutang, SILA BAYAR. Percayalah, selagi berhutang, tak bayar, hidup takkan senang. Macam kena sumpahan. Jangan main-main.

3.Tunaikan tanggungjawab pada yang berhak. Nafkah untuk isteri dan anak-anak. Bagi duit pada ibu bapa.

4.Rajinkan bersedekah. Konsep rezeki ni sikit kau memberi, makin banyak. Banyak kau beri, lagi banyak yang kau dapat.

5. Solat dhuha jadikan amalan. Kunci rezeki. 

6.Mintak ibu bapa doakan. Doa paling mustajab doa ibu pada anak anak.


7. Rajin. Allah takkan mengubah nasib kita melainkan kita yang mengubahnya sendiri. Jangan malas mengejar kejayaan. Rezeki ada di mana-mana dgn pelbagai cara. 

8. Jujur dan amanah dalam urusan pekerjaan. Contoh jangan main harga yang ditetapkan HQ. 

Ingat! Rezeki yang sikit tapi berkat lebih penting dari rezeki banyak tapi tak mencukupi.

Semoga kita semua di murahkan rezeki. Aamiin.

No comments:

Post a Comment